Kekuatan dan Kelemahan Ayat 1

Kekuatan dan Kelemahan Ayat

(i) Perenggan pengenalan
Kekuatan
· Kekuatan bagi perenggan pengenalan adalah dari segi penggunaan jenis ayat yang bersesuaian dengan bentuk penulisan yang digunakan. Selain itu, perenggan pengenalan ini juga tidak mengandungi kesalahan dari segi ejaan dan imbuhan yakni membuktikan bahawa penulis teliti dalam pengolahan kata atau frasa penulisannya.

Kelemahan
·        Kelemahan perenggan pengenalan dapat dikenal pasti kerana penggunaan istilah yang salah dalam ayat tersebut yakni memberi impak dalam konteks tatabahasa ayat tersebut. Kesalahan istilah “melahirkan” dan kesalahan tatabahasa dari aspek kata sendi :untuk” dan “supaya” dalam ayat yang kedua dan ketiga pada perenggan pengenalan menyebabkan perenggan tersebut kurang keberkesanan dari segi penyampaian.


(ii) Perenggan isi
Kekuatan
·    Perenggan isi mempunyai kekuatannya dari segi ciri ayat yang berkesan, iaitu kesatuan gagasan. Setiap perenggan isi telah disertakan satu gagasan atau idea utama yang dibincangkan. Hal ini mewujudkan kesatuan dan kesinambungan idea dan gagasan yang sangat baik dan berkesan.

Kelemahan
·  Dari segi kelemahannya pula, perenggan isi karangan ini bersifat kurang gramatis. Beberapa kesalahan istilah dan tatabahasa dalam perenggan isi menyebabkan wujudnya kelemahan penulisan isi. Huraian isi karangan ini juga didapati tidak tersusun mengikut susunan idea yang sepadu.

(iii) Perenggan penutup
Kekuatan
·        Perenggan penutup bersifat kukuh kerana turut mengandungi rumusan dan harapan yang dikemukakan oleh penulis yakni boleh memenuhi kriteria penulisan penutup dengan betul. . Kesalahan juga tiada dikenal pasti dalam perenggan penutup, justeru bahagian penutup ini juga disertakan dengan peribahasa.

Kelemahan
·       Walaupun perenggan penutup mengandungi kekuatan seperti yang telah dinyatakan, namun olahan ayat yang kurang kreatif menjadi faktor kelemahan dalam perenggan penutup karangan ini.



Comments

Popular Posts