A) Kekuatan dan Kelemahan Ayat
Perenggan Pengenalan
Kekuatan Ayat
|
- Murid telah
memperkenalkan tajuk penulisan kepada pemeriksa dengan memperjelaskan
tajuk secara lengkap dan terperinci. Hal ini dapat memberikan gambaran
awal kepada pemeriksa tentang konteks penulisan tersebut. Contohnya,
pemeriksa dapat mengenal pasti bahawa karangan tersebut adalah berkait
rapat dengan kemerdekaan dan perpaduan.
|
Kelemahan Ayat
|
- Gaya bahasa
yang digunakan adalah kurang menarik. Aspek keindahan bahasa pada
perenggan ini adalah kurang mendapat perhatian pemeriksa kerana murid
tersebut menggunakan beberapa istilah yang kurang enak didengar seperti
“bangsa rakyat”. Oleh itu,
murid perlu sentiasa menambahkan kosa katanya.
|
Perenggan Isi 1
Kekuatan Ayat
|
- Ayat topik
yang dikemukakan oleh murid ini dihurai dengan begitu jelas dan
disertakan dengan contoh. Ini
memudahkan pemeriksa faham tentang konteks yang ingin disampaikan dalam
perenggan tersebut. Contohnya, “tujuan
pertama untuk mengadakan sambutan Hari Kebangsaan adalah untuk memupuk
perpaduan kaum”.
|
Kelemahan Ayat
|
- Terdapat
kesalahan tatabahasa dalam perenggan ini. Contohnya, daripada aspek kata
bilangan tak tentu. Murid ini tidak mampu membezakan penggunaan istilah “ramai” dan “banyak” dalam konteks ayat.
|
Perenggan Isi 2
Kekuatan Ayat
|
- Penggunaan
kosa kata yang baik dan luas. Penggunaan kosa kata sebegini menyebabkan
ayat dalam perenggan ini gramatis dan pemeriksa tertarik untuk membaca
karangan ini dengan lebih mendalam. Contohnya, murid ini menggunakan
ayat bombastik seperti “menyuntik
semangat patriotisme”.
|
Kelemahan Ayat
|
- Ayat topik
pada perenggan ini tidak dihuraikan secara mendalam. Ayat topik cuma
diulas dalam bentuk yang umum. Contohnya, ayat topik pada perenggan ini
adalah sambutan Hari Kebangsaan dapat memupuk semangat nasionalisme
dalam kalangan rakyat Malaysia. Namun, kurangnya ayat huraian mahupun
ayat sokongan bagi menyokong isi utama dalam ayat topik tersebut.
|
Perenggan Isi 3
Kekuatan Ayat
|
- Laras
bahasa yang digunakan adalah sesuai. Murid menggunakan laras umum untuk
menerangkan sesuatu topik khas kepada pembaca yang bukan pakar dalam
bidang tersebut. Contohnya, murid ini menerangkan tentang tujuan Hari
Kebangsaan diadakan dalam bahasa yang mudah difahami oleh pemeriksa.
|
Kelemahan Ayat
|
- Penggunaan
bahasa yang kurang bervariasi. Dalam perenggan ini, tidak wujud sebarang
penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata atau kata
bombastik. Hal ini menyebabkan gaya bahasa kurang menarik bagi
pemeriksa.
|
Perenggan Penutup
Kekuatan Ayat
|
- Murid telah
mengakhiri penyampaian ideanya dengan memberikan rumusan dan cadangan
tentang topik yang diketengahkan. Murid ini memberikan rumusan bahawa
sambutan Hari Kebangsaan bertujuan untuk mengenang jasa tokoh yang telah
memperjuangkan kemerdekaan negara kita. Malah, murid ini memberikan
cadangan bahawa rakyat Malaysia haruslah menghargai tokoh yang telah
berkorban demi mempertahankan negara kita.
|
Kelemahan Ayat
|
- Terdapat
kesalahan tanda baca. Pada ayat ketiga perenggan ini, terdapat penanda
wacana penghubung musabab iaitu “oleh
itu”. Sepatutnya, tanda koma (,) harus digunakan selepas menggunakan
penanda wacana tersebut kerana ianya menerangkan sebab berlakunya sesuatu.
|
Comments
Post a Comment